Monday, January 1, 2018

CoQ-Trol Plus: The All-Natural Source of Coenzyme Q₁₀


Adalah amat penting untuk sentiasa membekalkan tenaga kepada badan kita supaya kita boleh hidup dengan cergas setiap hari. Berita baiknya adalah, anda boleh berbuat demikian dengan nutrisi yang betul bersama Shaklee.

Bagaimana Gaya Hidup Menjejaskan Penghasilan Tenaga
Seperti sebuah kilang, badan kita memerlukan sel-sel (stesen penjaga tenaga) dan nutrien-nutrien (pekerja) untuk berfungsi seperti biasa. Setiap sel mengandungi satu stesen penjanaan yang bernama mitokondria untuk menghasilkan tenaga untuk badan anda dan ia memerlukan satu nutrien, Coenzyme Q10 (CoQ10). Badan anda boleh menghasilkan mitokondria dan CoQ10 secara semulajadi. Akan tetapi, penghasilannya akan merosot dengan usia yang meningkat dan cara hidup tidak sihat seperti pemakanan yang rendah nutrien yang memberi tenaga, serta tinggi kandungan lemak dan gula, pencemar persekitaran, stres dan kurang bersenam1. Hasilnya, anda akan berasa lesu, mengantuk dan mudah berasa letih.

Tingkatkan Tenaga Anda dengan Polifenol dan CoQ10
Tinggi dengan antioksida, polifenol membantu meningkatkan prestasi sel ke tahap optima, menambah jumlah mitokondria dalam sel. Sebagai pekerja dalam stesen-stesen penjana tenaga, CoQ10 diperlukan untuk mengecas badan, memperbaharui tenaga agar badan anda berfungsi lebih efektif.

Faedah Coenzyme Q10

Meningkatkan Fungsi Kognitif
Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid,9salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:
  • Menjana fungsi otak yang sihat.9
  • Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.9
Kulit Yang Berseri
CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoQ10membantu:
  • Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan.8
  • Meningkatkan tekstur kulit.8
Sistem Reproduksi yang Sihat
Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10membantu:
  • Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.6,7
  • Meningkatkan pergerakan sperma.6,7
  • Meningkatkan kualiti ovum.

Peredaran Darah yang Sihat
CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:
  • Menguatkan otot-otot jantung.3
  • Menyokong fungsi jantung yang sihat.4
  • Meningkatkan paras tenaga

Tenaga yang berkekalan
Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! Peningkatan CoQ10 membantu:
  • Meningkatkan kekuatan otot.1
  • Mempercepatkan pemulihan luka.2


Serlahkan kehidupan anda dengan Coenzyme Q10, penjana tenaga utama anda!
Rujukan
  1. 1. Alexandra F., Simone O., Petra N., Thomas M., Matthias L., Gerald R., Frank D., Coenzyme Q Status as a Determinant of Muscular Strength in Two Independent Cohorts, https://doi.org/10.1371/journal.pone.0167124
  2. Bang S.C.,Ho S.S.,Hee R.K., Tae W. P.,Tae D.K.,Bong J.C.,Chang J.K.,Sang S.S., Effect of coenzyme Q10 on cutaneous healing in skin-incised mice, Archives of Pharmacal Research June 2009, Volume 32, Issue 6, pp 907–913
  3. Folkers-K. Langsjoen-P. Langsjoen-P-H. Therapy with coenzyme Q10 of patients in heart failure who are eligible or ineligible for a transplant. Biochem- Biophys-Res-Commun. 1992 Jan 15. 182(1). P 247-53.
  4. Serebruan VI, Ordonez JV, Herzong WR, Rohde M, Mortensen SA, FOlkers K, Gurbel PA. Dietary coenzyme q10 supplementation alters platelet size and inhibits human vironectin (CD51/CD61) receptor expression. J Cardiovasc Pharmacol. 1997; 29(1):16-22.
  5. Peter H. Langsjoen, M.D., F.A.c.c. The clinical use of HMG CoA-reductase inhibitors (statins) and the associated depletion of the essential co-factor coenzyme Qlo; a review of pertinent human and animal data.
  6. Sedigheh A., Reihane B., Akram G., Azadeh N., Antioxidant supplements and semen parameters: An evidence based review Int J Reprod Biomed (Yazd). 2016 Dec; 14(12): 729–736.
  7. Safarinejad M.R., Safarinejad S., Shafiei N., Safarinejad S., Effects of the reduced form of coenzyme Q 10 (ubiquinol) on semen parameters in men with idiopathic infertility: a double-blind, placebo controlled, randomized study. J Urol. 2012;188:526–531.
  8. Knott, A., Achterberg, V., Smuda, C., Mielke, H., Sperling, G., et al. (2015) Topical treatment with coenzyme Q10-containing formulas improves skin’s Q10 level and provides antioxidative effects. BioFactors 41, 383–390.

No comments:

Post a Comment